Terma dan Peraturan Keahlian Wanitakini.org
Sila baca dengan teliti terma dan peraturan keahlian Wanitakini.org seperti yang dinyatakan di bawah. Jika anda setuju dan ingin mendaftar, sila tandakan kotak yang diberi dan klik pada butang Daftar.
Sila ingat bahawa pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang maklumat yang dikirimkan dan/atau disiarkan oleh mana-mana pengguna. Kami tidak menjamin sebarang ketepatan, kelengkapan atau kebergunaan mana-mana mesej atau maklumat, dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan mana-mana mesej atau maklumat.
Sebarang mesej atau maklumat adalah hasil pandangan peribadi penulis atau ahli yang menulis mesej tersebut, dan tidak semestinya menggambarkan pandangan pihak pentadbir atau pemilik tapak web Wanitakini.org. Mana-mana ahli yang merasakan sesuatu mesej itu boleh dipertikaikan adalah digalakkan menghubungi pihak kami secepat mungkin melalui e-mel. Kami mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan mana-mana mesej yang dipertikaikan dan kami akan mengambil usaha sedaya mungkin untuk berbuat demikian, dalam satu jangka waktu yang menasabah, sekiranya kami mendapati tindakan mengeluarkan mesej itu adalah perlu.
Anda setuju, menerusi penggunaan sebarang perkhidmatan di tapak web ini, bahawa anda tidak akan menggunakannya untuk mengirimkan sebarang bahan atau maklumat yang diketahui: 1. Palsu dan/atau berunsur fitnah. 2. Tidak tepat. 3. Mendera. 4. Kebencian. 5. Biadab. 6. Mengganggu perasaan. 7. Mengugut. 8. Lucah. 9. Berbau seks. 10. Mengancam. 11. Mengganggu Privasi seseorang. 12. Melanggar sebarang peraturan atau undang-undang negara. 13. Isu-isu sensitif kerajaan. 14. Isu berbau perkauman yang boleh menyebabkan pergaduhan. 15. Membuka topik yang telah sedia ada. "double posting" 16. Membuka topik yang boleh menyebabkan pergaduhan sesama ahli. 17. Kata-kata lucah atau kesat kepada ahli lain. 18. Kiriman yang dipenuhi dengan smiley dan perkataan 'ya', 'setuju', 'tidak' dan sebagainya. 19. Menggunakan "quote" semula gambar yg telah di post oleh ahli lain tanpa sebab tertentu. 20. Jangan kirimkan No Telefon dan juga Email milik orang lain didalam forum. 21. Tidak mengirimkan maklumat atau bahan yang mempunyai hak cipta melainkan ia adalah milik anda ataupun milik kami. 22. Dilarang menggunakan sebarang unsur, gambar atau sebarang image berunsur lucah di avatar dan signature.
Pihak Wanitakini.org juga berhak membatalkan akaun memana ahli yang didapati melanggar peraturan berforum.
-www.Wanitakini.org- |